Wikipedia memberitahu Urduja adalah seorang puteri dan pahlawan yang
menjadi legenda (sekitar 1350-1400 AD) yang diiktiraf sebagai heroin dari
Pangasinan, Filipina. Nama Urduja adalah sebutan dari bahasa Sanskrit, dan
variasi dari nama “Udaya”, yang bermaksud “timbul” atau “matahari terbit”, atau
nama “Urja”, yang bermaksud “nafas”. Urduja disebut didalam catatan perjalanan
Ibnu Battuta (1304 – mungkin 1368 atau 1377 M), seorang pengembara Muslim dari
Maghribi.
Penyelidikan moden yang dilakukan oleh sejarawan William Henry Scott
membuat kesimpulan berkenaan catatan Ibn Batutta terhadap Urduja adalah sebuah
fiksyen dan tanah Tawalisi juga adalah rekaan dan palsu. Namun Jose Rizal
menyatakan bahawa tanah Tawalisi terletak di bahagian utara Filipina,
berdasarkan sangkaannya mengenai masa dan jarak perjalanan Ibnu Battuta
mengambil untuk belayar ke China dari Tawalisi.
Namun perbahasan akhir mengenai diri Urduja belum ditamatkan lagi secara
sempurna walaupun di wikipedia, ditulis Urduja adalah puteri kebanggaan warga
Filipina sehingga Puteri Urduja dimuatkan di dalam buku teks sekolah sebagai
seorang dalam senarai list of great Filipinos. Malah Filipina berusaha menanam
‘Urduja’ berasal dari sana sehingga di wilayah Pangasinan di gedung pengadilan
di Lingayen dinamakan “Urduja House” dan sebuah patung Puteri Urduja berdiri di
Ratus Kepulauan Taman Negara di sana.
Di Kuala Krai, Kelantan, Malaysia dibangunkan Galeri Kuala Krai pada 03
November 2014 tahun lalu, yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan: Yang
Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K.,
S.P.M.K. Galeri Kuala Krai mempersembahkan Puteri Urduja yang berada di Kuala
Krai pada ketika kedatangan Ibnu Batuta. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu
Batuta disamakan dengan Kuala Krai. Selain itu, galeri mempersembahkan penemuan
tapak pemerintahan Urduja di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang
dilakukan oleh beberapa individu aktivis sejarah.
Hadiah Puteri Urduja kepada Ibnu Batuta menjadi perkara terperinci yang
perlu dikaji untuk meneliti tempat sebenar dimanakah terletaknya Kaylukari,
Tawalisi. Beras, kerbau, halia, lada, lemon, mangga, dan garam adalah produk
yang banyak terdapat di Pangasinan dan India.
Ibnu Battuta juga menyebut bahawa Urduja mempunyai beberapa pengetahuan
tentang Turki, yang menunjukkan hubungan diplomasi antarabangsa. Di zaman Ibnu
Battuta, pengaruh Empayar Turki Uthmaniyyah semakin meningkat di India (mungkin
juga di tanah melayu?) tetapi tidak di Filipina. Kes ini yang membuat
percanggahan sama ada Urduja sememangnya dari Filipina ataupun tidak? Kes kedua
yang membuat sedikit percanggahan tetapi masih boleh mencari penjelasan lain,
iaitu Ibnu Batutta memberitahu bahawa dia juga melihat gajah di negeri yang
diperintah oleh Urduja. Gajah tidak ada secara asal di Pangasinan, Filipina. Tetapi,
penjelasan lainnya adalah gajah masih boleh ditemui di Borneo, dan mungkin ia
dibawa ke Pangasinan pada zaman dahulu sebagai barang dagangan.
Penjelasan mengenai gajah dikuatkan melalui sejarah kapal belayar
Melayu-Polinesia (seperti Balangay), seperti yang digunakan oleh orang-orang
Bugis purba dan orang-orang yang digambarkan melalui ukiran-ukiran di dalam
Borobudur, yang mampu mengangkut kargo berat, termasuk gajah. Malah terdapat
gambaran kapal purba seperti di lautan Asia Tenggara mengangkut beberapa gajah
untuk perdagangan.
Sememangnnya, perbincangan dan kajian terhadap Urduja di Kuala Krai,
Kelantan masih kurang dipopularkan secara meluas di media cetak atau media atas
talian (internet). Semoga tulisan pembukaan yang kecil ini dapat dipanjangkan
dan dipopularkan pada masa depan agar kajian terhadap Urduja di Kelantan
menjadi perhatian orang ramai.
Sumber : DISINI

0 komentar:
Posting Komentar